1 Columns 2 Column


Permohonan


No. Kad Pengenalan * :  Cth: 960101011234 (tanpa '-')  
Kata Laluan *
:  
    [ Daftar Pengguna ] | [ Lupa Kata Laluan ]


PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGHANTARAN PELAJAR BAHARU LEPASAN STAM YANG LAYAK MENGIKUTI BIDANG PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI AL-AZHAR SESI 2020 / 2021

Dukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan situasi semasa berkaitan wabak Covid-19 di Malaysia dan Republik Arab Mesir, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memutuskan untuk menangguhkan penghantaran pelajar baharu lepasan STAM ke Mesir bagi sesi 2020/2021 ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak demi kemaslahatan pelajar.

Harap maklum. Terima kasih.


PEMAKLUMAN BERKAITAN PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN BAGI UNIVERSITI DI MESIR

Sukacita dimaklumkan bahawa pengiktirafan bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti-universiti Mesir diteruskan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Perkara ini adalah dirujuk melalui surat yang dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (MPM.600-6/2/18(b)) bertarikh 13 Januari 2020.

Untuk makluman, terdapat perubahan bagi sistem pengajian program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Mesir iaitu daripada enam (6) tahun pengajian kepada lima (5) tahun pengajian. Pihak MMC telah membuat penetapan bahawa syarat minimum pemohon untuk menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Mesir adalah perlu mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ A-Level/ Sijil Matrikulasi/ Asasi/ Pra-universiti atau lain-lain sijil yang setaraf.

Harap maklum. Terima kasih.




PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH BAGI SESI KEMASUKAN 2020/2021

    Pengumuman :

  1. Dimaklumkan bahawa semakan layak bagi permohonan kategori lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibuka pada 17 Februari 2020 (Isnin) mulai jam 2.00 petang sehingga 13 Mac 2020 (Jumaat). Sehubungan itu, pemohon boleh menyemak keputusan dengan daftar masuk dalam sistem ini. Pelajar yang layak perlu muat naik dokumen sokongan melalui sistem ini selewat-lewatnya pada 13 Mac 2020. Permohonan yang gagal muat naik dokumen tidak dipertimbangkan.

  2. Dimaklumkan bahawa semakan layak bagi permohonan kategori lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dibuka pada 17 Februari 2020 (Isnin) mulai jam 2.00 petang sehingga 13 Mac 2020 (Jumaat). Sehubungan itu, pemohon boleh menyemak keputusan dengan daftar masuk dalam sistem ini. Pelajar yang layak perlu muat naik dokumen sokongan melalui sistem ini selewat-lewatnya pada 13 Mac 2020. Permohonan yang gagal muat naik dokumen tidak dipertimbangkan.

  3. Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2020/2021 perlu membuat permohonan secara atas talian talian dipautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah

  4. Permohonan atas talian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutp pada 3 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

  5. Permohonan atas talian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 2.00 petang dan akan ditutp pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

  6. Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

  7. Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

  8. KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.

  9. * Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :

    Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

    No. Tel : 03-8870 6627/ 6226
    No. Faks. : 03-8870 6853

    Google : timurtengah@bem
    Facebook : Education Malaysia Division